Tuesday, May 20, 2008

Kursus ternakan dan pembenihan ikan air tawar

Kami bersama Cheroh Aquatic akan menganjurkan kursus ternakan dan pembenihan ikan air tawar bermula pada 19 hb Oktober, 2008 sehingga 29 hb Oktober, 2009 bertempat di Pusat pembenihan ikan Cheroh Aquatic di Cheroh, Raub, Pahang. Tempat tinggal dan makan minum di sediakan

Cara cara ternakan ikan air tawar akan di tunjur ajar dan juga teknik pembenihan ikan bersisik dan tidak bersisik akan di ajar secara praktikal dari tahap memilih induk, membuat aruhan, menternak makanan rega, menternak rega, dan menuai benih.

sila sms hj hanafiah 019-271-0431 jika berminat.

9 comments:

sunther said...

Hi, saya sangat berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan ikan keli, tetapi saya tidak tahu cara untuk bermula..

Harap pihak tuan/puan boleh menolong menasihatkan saya.

sunther

LyDia said...

Semekom dan salam sejahtera,

Guyz, bukan niat nak jatuhkan sesape tapi sebagai satu ingatan sebelum kes yang lebih kurang sama berulang. Kalau korang pernah dengan program Tangga Gemilang + ADZ Cycas yang aku dah kena..... kes ni aku nampak ebih kurang sama. beberapa isu kalu diperincikan lagi ada persamaan cuma diduplikasi oleh orang lain... ok tu satu perkara di peringkat sistem perniagaan yangdijalanjan menggunakan modus operandi sama dan mangsa ramai orang MELAYU...

Yang kedua, aku dah tengok2 kat web AZZ punya maklumat mengenai produk = ikan keli. Aku pun dah kena dengan penternakan keli kanvas menggunakan bahan makanan palet....sebiji macam yg AZZ guna cuma dia guna polytank dan aku guna kanvas... pengalaman membela keli ni...aku tak rasa ini satu pelaburan yang bagus... hanya cukup cover modal KALAU BERNASIB BAIK itupun kalau kos operasi lain tak burst. Pertamanya Makanan...ratio FCR (Food Consumption Rate) bagi keli adalah 2 kilo makanan untuk hasilkan 1 kilo ikan.. baki tu jadi najis..Purata ikan keli sekilo adalah 5-6 ekor berbanding 3 ekor yang AZZ guna utk kiraan. Kalau korang nak test...pi kat pasar.. beli ikan keli sekilo...bape ekor dapat..tu dah standard... lgpun kalau ikan terlalu besar = terlebih tua (kos makanan meningkat) orang pun tak suka keli saiz gajah..ini bermakna untuk bela 1000 ekor perlu = 1000/6 ekor sekilo= 167 kilo dan makanan yang diperlukan 334kilo. Ikan ni pelahap tahap gaban.
Yg AZZ bekalkan mengikut contoh kontrak pakej 2 modal RM800 = 2000 ekor, sepatutnya makanan dia sekurang2nya 668kilo atau 27guni dan kos purata makanan 25kg kalau x silap aku RM40 = RM1080. yg AZZ caj hanya RM322...kebulur ikan tu nnt.

Part Pemasaran, harga pasaran tu agak munasabah sebab keli ni tak mahal...tapi aku tak puas hati tgk kadar kiraan ekor/kilo. sepatutnya dalam anggaran 5-6ekor sekilo tapi dia kira 3 ekor..lebih 300gm sekor..besar ikan tu...mesti kena bagi makan banyak baru dapat besar tu...tapi stok makanan bagi sikit....dah contradict..lagi satu bila peserta ramai, stok utk dipasarkan banyak ...adakah permintaan keli ni meningkat? kat mana nak dipasarkan?...Aku yang buat Contract Farming dgn Berintam dulu pun hancur...company tak boleh sustain...MELAYU juga punya company dan pengusaha pun ramai MELAYU..

Tu belum lagi bincang bab hukum...menetapkan keuntungan sedangkan hasil perniagaan turun dan naik...isu ni dah dibincangkan oleh pakar dalam kes Tangga Gemilang yg kambing pawah tu...

Tang keluar TV3tu pun aku komen sikit... tak semua org media ni wat study detail... dia nampak hebat...terus buat bahan...Dulu ada satu sykt yang lebih kurang ni gak...kumpul duit ahli buat investment property, projek sana=sini dan orang kuat yang dijaja adalah Ahli Parlimen BN kt Sarawak...ramai kawan2 masuk tapi aku kat luar pagar jer..tup2 BNM masuk buat siasatan...tang tu diorang tak kluar TV sbb orang politik punya syarikat..cover priuk nasi gak..

Banyak lagi kalau aku nak kupas...tapi apa yg aku boleh simpulkan.....projek ni pada tahap risiko TINGGI..bak kata Raja Lawak Nabil......"LU PIKIRLAH SENDIRI"

wASSALAM

p/s:
Oh ya...modal aku kat kambing pawah RM12K dan ikan keli RM20K .... sume tu tak pulang modal...

HANAFIAH ABDUL RAHMAN said...

ingin di tekan di sini saya tidak ada offer apa apa jenis package atau jual sebarang peralatan atau perkakasan. yang di unjunran ialah pengetahuan dan dalam hal ini tentang ternakan dan pembenihan ikan air tawar. kalau tak percaya apa yang kami dah jalankan, sila datang dan tengok sendiri di cheroh aquatic di cheroh raub atau di bukit kecil, jalan batu lintang, tikam batu, sg petani kedah. tolong jangan samakan kami dengan mereka yang jual package.

MYOB said...

Warga bukan bumiputera boleh join ke tak? Thanks :)

ajhasriq said...

Modal Perniagaan Tanpa Perlu Bayar Balik*




Daripada AJ Hasriq - 019 6969892.


http://www.bossacademy.org/




BOSS Academy menawarkan Program Keusahawanan Global Malaysia tanpa mengira Bangsa dan Agama. Seminar yang akan diadakan adalah seperti Keusahawanan, Perniagaan dan Pemasaran. BOSS Academy juga memberikan perkhidmatan mendapatkan modal dari Dana-Dana Kerajaan, Geran-Geran Kerajaan, Skim Tajaan Korporat dan juga Pinjaman dari Bank-Bank Tempatan. BOSS Academy ialah Progam Usahawan Global Malaysia yang diuruskan oleh BOSS Management Resources. Penubuhan BOSS Academy adalah sejajar dengan objektif Kerajaan Malaysia untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia menceburi bidang perniagaan yang Strategik dan Berpotensi. Fokus utama BOSS Academy adalah melahirkan lebih ramai Usahawan berwawasan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Dengan pengalaman melebihi 20 tahun yang dimiliki oleh tenaga penggerak BOSS Academy dalam bidang perniagaan, perdagangan dan pemasaran, BOSS Academy mampu memberikan yang terbaik dari segi penyampaian seminar, kursus keusahawanan, perniagaan, pemasaran dan mentoring bagi melahirkan Usahawan yang berjaya dalam apa jua perniagaan yang diceburi. Operasi BOSS Academy tertumpu kepada penawaran pakej program keusahawanan global secara bersepadu untuk membantu semua lapisan masyarakat dalam apa jua bidang perniagaan dari Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan juga perniagaan World Wide Web (WWW). Pakej ini dirangka khas untuk membantu semua Usahawan-usahawan Malaysia untuk memantapkan lagi perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka kearah kecemerlangan.

farhanto said...

salam..sy nk dpt kan info mcm ner nk mulakan ternakn ikan keli ni dgn lebih detail...

HANAFIAH ABDUL RAHMAN said...

SDR PRISON BREAK, non bumi and bumi are welcome to attend these courses

sdr farhanwahid,
ternakan keli termasuk dalam kursus ternakana ikan ketutu dan lain lain ikan air tawar yang saya jalankan

Andy said...

saya ada ternak ketutu yang diambil dari kawasan lombong di tempat saya tinggal. masalah sekarang dalam 3 atau 4 kor ikan ketutu saya luka dikepala. adakah ianya dijangkiti kuman? dan apakah ubat yang perlu di beli untuk merawatnya.Dan satu lagi ketutu liar yang saya ambil mulanya berwarna gelap dan bertompok..setelah dimasukkan kedalam tangki ianya berwarna jernih,seperti bersih tiada tompokkan yang ketara seperti asal.
seperti biasa saya sering tukar air jika kotor.adakah garam perlu dibubuh di dalam kolam...

Andy said...
This comment has been removed by the author.